i think i'm in love
Thursday, 5 September 2013 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM ..
Dah lama tak update blog ni .. Dah bersawang dah blog ni .. Sejak kebelakangan ni aku busy buat assignment jer .. Lecture ada yang cerewet, habis assignment yang aku buat sampai bersengkang mata dia reject macam tu jer .. Ok, sekarang kembali kepada ke tajuk asal ..
Sekarang ni aku asyik rindu dekat sorang lelaki ni .. aku pun tak tahu kenapa..? Aku bukan nya kenal pun abang tu siapa nama, kerja atau sebagai nya .. Yang aku tahu dia selalu naik motor besar ..
Pertama kali aku rindu dekat seseorang lelaki yang bukan ahli keluarga .. Aku pun tak tahu aku dah jatuh suka dekat abang tu atau tak .. Aku bukan nya ada pengalaman pasal percintaan, couple pun tak..
Dia lelaki pertama yang aku rindu walaupun sebelum ni ada juga lelaki yang suka dekat aku cakap rindu dekat aku, tapi aku tak rasa pape pun .. aku pun tak tahu sebab apa diorang suka dekat aku padahal aku bukan nya lawa, dah lah hitam, tak tahu bergaya pulak tu ..
Aku pun tak tahu aku still dengan prinsip aku yang aku akan bercinta selepas kahwin atau tak .. Kadang-kadang aku rasa aku nak 'padam' kan jer prinsip aku tu .. Tapi ada beberapa masalah .. Salah satu ialah :-
- Aku adalah seorang yang susah nak bercakap dengan seseorang yang bernama LELAKI
- Aku ni mana lawa, hitam pulak tu
- Cara pemakaian aku adalah SKEMA
- Aku tak pandai nak meluah kan perasaan aku atau apa yang aku rasa ( marah atau yang lain )
Jawapan dia ialah aku pun tak tahu .. Bagi aku kalau ada jodoh tak kemana orang kita cari tu, ia ada disekeliling kita jer ..
Selain prinsip aku tu, aku akan setuju apa sahaja pilihan mak ayah aku pasal jodoh aku .. Kalau itu yang terbaik bagi parents aku, aku akan terima ..
Panjang lebar aku membebel dekat dalam ni .. Cerita pasal " i think i'm in love" sikit jer .. Membebel jer yang panjang lebar takde kena mengena dengan tajuk pun .. Aku selalu macam ni ..
Aku pun dah tak tahu nak membebel apa lagi dekat dalam ni ..So, got to go dulu, BYE ..
ASSALAMUALAIKUM ..